Isnin, 26 Disember 2011




KURSUS AMALI ( PERLIMAU) UNTUK KHALIFAH SEMENANJUNG,PERLIS DAN SELATAN

Kursus ini di adakan bagi membolehkan Khalifah SW menunaikan tanggung jawab kepada anak2 warisan gelanggang masing2 apabila di perlukan nanti.Pengisian majlis tersebut di mulakan dengan solat maghrib,tahlil dan solat isyak berjemaah.seterusnya anak2 warisan menjamu selera denag 9 ekor ayam bakar dan 10 ekor ayam masak gulai untuk menjamau selera.


Rabu, 21 Disember 2011

Kuliah Maghrib



Bersama Imam Masjid Bukit Chabang,Perlis.


Menjamu selera selesai kuliah..Seronok berbual-bual dengan murid lama.



Masjid Bukit Chabang,Jalan Padang Besar-20 December 2011

Saya telah di jemput untuk memberi kuliah maghrib kepada ahli jawatan kuasa masjid dan juga penduduk kariah bukit chabang.Tajuk kursus tersebut adalah bekisar kepada kewajipan menuntut ilmu.Imam 1 masjid tersebut merupakan anak murid saya yang pernah menuntut secara halaqaah kitab kuning.

Kitab yang di gunakan dalam kuliah ini adalah Kitab Jawahirl Mauhub.

Ahad, 11 Disember 2011


Kursus untuk merawat patah tulang dan yang berkaitan dengan urat saraf..


Kursus untuk rawatan Resdung.Resdung yang kronik juga insha Allah mampu sembuh.


Makan beramai2 selepas kursus usntu mengeratkan silaturrahim.

Selasa, 22 November 2011

Kelab Silat Srikandi SALIMAH Caw.Sg Petani Kedah


19 November 2011-Kursus Seni Silat Warisan untuk Program 1,000 gadis SALIMAH MALAYSIA,cawangan Sungai Petani.

Kursus tersebut telah di kendalikan oleh Khalifah Semenanjung Abdul Muhaimin dan 3 Guru Srikandi yaitu Nurul Husna dari Selangor,Nur Hafizah Dari Kuala Lumpur dan Cik Siti Nurbany dari Kelantan.Kursus ini adalah jadual bulanan kelab Srikandi SALIMAH MALAYSIA SG PETANI.


Kursus bermula seawal jam 8 pagi dan turut di sertai oleh semua Guru Silat Warisan seramai 11 org terdiri dari bekas pelajar KATPM Perlis yang turut menjayakan kursus tersebut.


Sabtu, 29 Oktober 2011

Kursus Amali Ilmu Perubatan untuk Khalifah Semenanjung,Selatan Dan Perlis


Kursus Amali Khalifah Semenanjung,Selatan dan Perlis.

Kursus telah dia adakan pada 21 Oktober 2011 bertempat di Rumah Persatuan.Seramai 18 org Khalifah telah hadir dari seluruh negara merangkumi Kelantan,Kuala Lumpur,Johor Bharu dan Perlis telah mengikuti kursus tersebut.

Kursu ini di adakan sebagai pendedahan kepada Khalifah untuk memantapkan segala ilmu yang telah di berikan kursus oleh Pengasas Warisan sepanjang beberapa tahun ini.

Kursus ini akan diberikan dari masa ke masa sebagai pengukuhan segala kursus yang telah di lalui.

Seorang demi seorang secara langsung mengulang semula apa yang telah di pelajari selama in isebelum boleh memulakan memberi rawatan kepada yang memerlukan.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Amali Kursus Perubatan Tradisional Melayu Khalifah Silat Warisan

Kursus amali berlangsung pada 14 Oktober 2011 bertempat di Rumah persatuan selesai solat maghrib,tahlil,bacaan yasin dan kenduri doa selamat yang di adakan oleh penduduk kampong Tebing Tinggi.Kursus yang di adakan kali ini adalah ramuan ubat tenaga kelakian.



Rabu, 12 Oktober 2011

Kursus Para Khalifah 2011

Tarikh : 14 OKTOBER 2011
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Rumah Persatuan,Tebing Tingg

Hubungi Setiausha untuk mengetahui bahan-bahan kursus.

Isnin, 18 April 2011

Majlis Pengijzahan Di Butterworth

Majlis Pengijazahan telah di adakan pada 16 April di Butterworth.Turut membantu adalaha Khalifah Semenanjung seramai 3 org yakni,Badrul Munir,Roslan,dan Abdul Manaf..Gelanggang ini di terajui oleh Abg Aziz atau lebih di kenali sebagai Pak Ngah..